Saturday, April 4, 2020

updated 11:45 AM UTC, Apr 4, 2020

Bayi 12 hari, pesakit Covid-19 termuda di Malaysia

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 27 - Bayi berusia 12 hari adalah pesakit termuda dijangkiti Covid-19 di Malaysia setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut merupakan antara pesakit yang termasuk gelombang kedua Covid-19.

Manakala pesakit paling tua berusia 83 tahun.

Bagaimanapun identiti bayi tersebut tidak didedahkan.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, 4 lagi kes kematian berkaitan Covid-19 direkodkan dan menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 23 kes.

Terdapat juga 235 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,031 kes.

Dalam sidang media di Putrajaya beliau juga memaklumkan, telah mengarahkan semua anggota kesihatan dan petugas sokongan Hospital Teluk Intan, Perak untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19.

Ini ekoran 80 anggota kesihatan KKM dikesan positif Covid-19.