Monday, 28 September 2020

updated 4:46 AM UTC, Sep 28, 2020

Belum ada keputusan solat sunat terawih berjemaah pada Ramadan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - Belum ada keputusan mengenai status solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau, Ramadan nanti berikutan COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya membincangkan perkara itu tetapi menunggu hasil PKP selepas 14 April ini.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan #MusaadahCovid19 di Putrajaya.