Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Talian khas kaunseling COVID-19 diwujudkan

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - Bagi memberi sokongan psikologi kepada semua masyarakat yang terkesan daripada COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan, satu 'Talian Khas Kaunseling COVID-19 melalui Talian Kasih 15999 diwujudkan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, sebanyak 528 kaunselor disediakan bagi perkhidmatan itu.

Dalam satu kenyataan media, pemanggil yang memerlukan perkhidmatan tele-kaunseling akan dipanjangkan kepada pegawai kaunselor berdekatan.

Ini bagi memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia berada pada tahap stabil.

Selain itu Talian Khas Kaunseling COVID-19 itu dibuka kepada pesakit COVID-19, waris pesakit, petugas pusat kuarantin, hospital dan lain-lain individu yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Justeru, Datuk Seri Rina berkata Kementerian menyarankan supaya mereka yang berhadapan dengan tekanan akibat situasi COVID-19 menghubungi Talian Kasih dengan kadar segera.