Saturday, 15 August 2020

updated 7:44 AM UTC, Aug 15, 2020

8 jemaah tabligh dari Indonesia dikuarantin 14 hari

  • Published in Nasional

ISKANDAR PUTERI, 26 Mac - 8 jemaah tabligh yang tiba dari Makassar, Indonesia selepas menghadiri Himpunan Ijtimak Dunia 2020 zon Asia Sulawesi yang baru pulang melalui Terminal Feri Puteri Harbour, Johor dikuarantin 14 hari di rumah masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka sebahagian daripada 1,716 jemaah Tabligh dari negeri itu.

Dalam pada itu, polis Johor mempergiatkan usaha mengesan baki 12 peserta ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur akhir bulan lalu yang masih belum membuat saringan COVID-19.

Sejak 23 Mac lalu, 36 jemaah tabligh tiba melalui Terminal Feri Stulang dan Terminal Feri Puteri Harbour.

Manakala baki 30 jemaah lagi akan tiba dalam waktu terdekat.