Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

RM300,000 untuk setiap DUN

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 26 Mac - RM300,000 diperuntukkan kepada setiap DUN di Terengganu.

Ia diumum kerajaan negeri di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa 4.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam laman Facebooknya berkata, tambahan peruntukan itu bagi mengurangkan beban rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Menurutnya, kerajaan negeri merasakan untuk jangka masa yang lama, rakyat wajar diberi perhatian sepenuhnya terutama yang berpendapatan harian dan tidak tetap.

Antara yang layak menerima, peniaga kecil, buruh, petani, peneroka, pemandu teksi dan pengusaha beca.

Mereka akan dikenalpasti melalui Pusat Khidmat Masyarakat.