Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

Jawatankuasa khas selaras agihan bantuan bekalan makanan di Labuan

  • Published in Nasional

LABUAN, 26 Mac - Jawatankuasa Gerak Kerja Pengurusan COVID-19 peringkat Labuan dibentuk bagi menyelaras pengagihan bantuan bekalan makanan.

Penyelarasan dibuat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai inisiatif kumpul dan agih bantuan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa berkenaan, langkah itu bagi memudahkan pemohon dalam kalangan golongan asnaf menerima bekalan makanan yang mencukupi.

Pada masa sama dapat membendung penularan wabak COVID-19 di wilayah Labuan.

Selain itu, jawatankuasa juga dalam usaha mengumpul maklumat penerima bantuan yang terputus bekalan makanan disebabkan tiada pendapatan harian.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli menyokong usaha yang dilakukan ini.

Katanya, mana-mana individu atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin memberikan sumbangan, perlu diserahkan kepada jawatankuasa tersbeut agar dapat diselaras.

Beliau berkata demikian, selepas meninjau bilik gerakan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), di Labuan.