Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Misi Musaadah COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - Proses penyampaian bantuan dan sumbangan melalui agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berkaitan Hal Ehwal Agama akan disalurkan segera kepada golongan asnaf dan individu yang terkesan COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pihaknya sedang menyelaras gerak kerja setiap agensi di bawah jabatannya bagi memastikan bantuan dapat disalur secara tersusun dan adil kepada semua penerima.

Satu sekretariat telah ditubuhkan diketuai Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) serta Yayasan Waqaf Malaysia.

Mereka juga akan bekerjasama dengan agensi agama negeri dalam menyelaras bantuan yang akan disalurkan di bawah misi MusaadahCovid19.

Sumbangan disalurkan dalam pelbagai bentuk seperti wang tunai, barangan kering, makanan termasuk alat bantuan pernafasan.