Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Seorang menteri kabinet dilantik selaras SOP PKP negeri

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - Seorang menteri kabinet akan menjadi Ahli Majlis Keselamatan Negeri bagi menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di semua negeri. 

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas Menteri menteri Mengenai Perlaksanaan PKP dan akan dimaklumkan kepada menteri besar dan ketua menteri secepat mungkin.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media harian di Putrajaya.

Datuk Seri Ismail Sabri berkata, terdapat negeri yang mempunyai SOP tersendiri, justeru perlu ada penyelarasan dengan apa yang ditetapkan di peringkat kerajaan persekutuan.