Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

225 rakyat Malaysia di Bangladesh selamat kembali

  • Published in Nasional

SEPANG, 26 Mac - Seramai 225 rakyat Malaysia di Bangladesh selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 5.46 pagi tadi.

Melalui kenyataan media Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, mereka pulang menggunakan penerbangan sewa khas M-A-S yang dibiayai sepenuhnya MIC.

Mereka yang dibawa pulang terdiri daripada 130 pelajar, 55 pegawai dari Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, 35 ekspatriat dan 5 tanggungan pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

Kesemua yang dibawa pulang telah menjalani proses saringan kesihatan di KLIA serta perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

Sebelum itu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semasa sidang akhbar secara langsung melalui Facebook di Wisma Putra pada 24 Mac lalu merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri S.A Vigneswaran.

MIC sebelum ini telah membiayai 6 penerbangan untuk membawa pulang seramai 1,119 rakyat Malaysia yang terkandas di Chennai dan Thiruchirappali (Trichy), India menggunakan penerbangan Air Asia.