Saturday, April 4, 2020

updated 11:45 AM UTC, Apr 4, 2020

80 anggota kesihatan KKM positif COVID-19

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Mac - 80 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dikesan positif COVID-19 setakat pagi tadi.

Siasatan mendapati punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya.

Anggota kesihatan dan petugas barisan hadapan dinasihat untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti disarankan.

Antaranya, memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial dan pemakaian alat pelindung diri (PPE).