Saturday, April 4, 2020

updated 12:21 PM UTC, Apr 4, 2020

Titah Sultan Kedah agar rakyat patuhi PKP

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 26 Mac - Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah menyeru rakyat supaya patuh kepada arahan PKP.

Dalam satu perutusan khas, baginda bertitah, inilah masanya untuk semua pihak menggalas tanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing bagi membendung jangkitan wabak Covid-19.

Rakyat juga diingatkan, tidak melakukan pembelian panik kerana kerajaan memberi jaminan barangan keperluan mencukupi selain tidak menyebarkan berita palsu.