Saturday, April 4, 2020

updated 11:59 AM UTC, Apr 4, 2020

ATM sedia berkhidmat sehingga PKP berakhir

  • Published in Nasional

SEREMBAN, 26 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersiap siaga dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan 14 hari lagi.

Panglima 1 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Nazri Abdul Rahman berkata, ATM bersedia membantu pihak polis dengan 2 penugasan utama iaitu membuat sekatan jalan raya dan melaksana rondaan.

Beliau turut melihat kerjasama antara PDRM dengan ATM sangat erat dalam membantu operasi mengekang penularan wabak COVID-19.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban. 

Tambahnya, pematuhan orang ramai terhadap PKP dilihat bertambah baik apabila Negeri Sembilan menjadi antara negeri yang mencapai tahap 95 peratus pematuhan perintah tersebut.