Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

UMT hasilkan 'Cecair Pembasmi Kuman'

  • Published in Nasional


KUALA NERUS,
26 Mac - Peka dengan cabaran semasa serta kekurangan bekalan cecair pembasmi kuman atau ‘Hand Sanitizer’ di pasaran tempatan ketika ini, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menghasilkan sendiri produk mereka.

Ia dihasilkan menerusi kepakaran penyelidik Institusi Bioteknologi Marin (IMB).

Cecair pembasmi kuman itu berasaskan 70% alkohol bersama bahan ramuan tambahan seperti ‘Aloe Vera’ dan minyak essential.

Bagi fasa pertama produksi sebanyak 2,000 botol dengan isian 50 mililiter berjaya dikeluarkan untuk kegunaan seluruh warga UMT.

Ia akan diagihkan kepada masyarakat sekitar jika bahan tersebut mencukupi.

Kumpulan penyelidik tersebut diketuai Profesor Dr. Yeong Yik Sung dan Profesor Dr Fadzilah @ Adibah Abdul Majid.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, Kepekatan alkohol tersebut diguna dalam banyak produk sanitasi kerana kemampuannya membunuh pelbagai jenis kuman seperti bakteria dan virus.

Ia mengikut standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan sedikit pengubahsuaian dari segi campuran bahan digunakan.

Gel Aloe Vera digunakan bagi tujuan melembap manakala minyak essential `tea tree' pula sebagai pengharum selain kesan anti-kuman.