Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

Rakyat Negeri Sembilan patuhi PKP

  • Published in Nasional


JEMPOL, 26 Mac
- Rakyat Negeri Sembilan tersenarai antara yang patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara berkenaan berdasarkan statistik dan pemantauan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol pula, muncul antara kampung yang mencapai tahap 95% penduduknya mematuhi PKP

Tinjauan ke kampung tersebut mendapati, pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) turut memainkan peranan penting dalam menjadi agen penyampaian maklumat mengenai PKP.

Menurut Pengerusi MPKK Batu Kikir, Abdul Samah, sebagai pemimpin di kawasan itu beliau menggunakan medium WhatsApp bagi memberi hebahan berkenaan langkah mencegah penularan wabak COVID-19.

Jalan raya di kampung berkenaan turut lengang malah penduduk juga mengamalkan penjarakan sosial 1 meter ketika berada di kedai runcit.