Monday, May 25, 2020

updated 12:38 PM UTC, May 25, 2020

MBPP periksa lebih 3,000 premis, pastikan arahan PKP dipatuhi

  • Published in Nasional

 

GEORGE TOWN, 26 Mac - Sebanyak 3,260 premis diperiksa dalam operasi oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) semalam.

Daripada jumlah itu, hanya 15 premis didapati gagal mematuhi arahan penutupan premis mengikut waktu yang ditetapkan iaitu 8 malam, bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Perlesenan MBPP, M Bawani berkata, sekiranya peniaga masih gagal mematuhi arahan pihak MBPP boleh mengambil tindakan termasuk menarik balik lesen perniagaan tertakluk di bawah Undang-undang kecil Trade MBPP.

Tindakan juga boleh dikenakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

M. Bavani bercakap dalam sidang media selepas OPS pematuhan PKP yang bermula pukul 8 malam dan berakhir 10 malam.

Pemeriksaan dilakukan di 6 kawasan Parlimen di Pulau Pinang, disertai 70 anggota penguatkuasaan MBPP dan PDRM serta ATM.