Logo

Tiada kompromi terhadap yang ingkar PKP



JOHOR BAHRU, 26 Mac
- Polis tidak akan berkompromi dengan mereka yang berada di luar tanpa alasan kukuh.

Di Johor, sehingga semalam, sebanyak 32 kertas siasatan dibuka berkait kegagalan patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kebanyakan kes dikesan melalui sekatan jalan raya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memaklumkan, tinjauan sekitar bandar raya Johor Bahru juga dilakukan, antaranya di premis-premis perniagaan termasuk pasar borong.

Hasil tinjauan, waktu operasi Pasar Borong Pandan yang dipendekkan bermula dari 7 pagi hingga 3 petang dipatuhi dan hanya 40 kemasukan pelanggan dibenarkan pada satu-satu masa.

Hanya 40 gerai dibenar beroperasi.

Dalam pada itu, Datuk Ayob menafikan dakwaan mengatakan polis masih berlembut dengan individu yang ingkar PKP.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.