Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

Call Centre COVID-19 terima 111 aduan sejak dimulakan

  • Published in Nasional



KUALA LUMPUR, 26 Mac
- 111 aduan telah diterima Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sejak talian Call Centre COVID-19 dibuka.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, aduan tertinggi diterima dari sektor perhotelan, diikuti urusan perlesenan pelancongan, syarikat-syarikat pelancongan dan program Malaysia Rumah Keduaku serta lain-lain isu berkaitan seni dan budaya.

Jelas beliau lagi, terdapat juga aduan yang tidak berkaitan dengan bidang kuasa kementeriannya diterima, seperti, berhubung keselamatan, imigresen dan juga penggiat seni yang mahu maklumat lanjut manfaat Pakej Rangsangan Ekonomi.

Namun, bagi hal-hal yang bukan di bawah bidang kuasa MOTAC, turut akan diberi perhatian dan akan dipanjangkan kepada kementerian bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

CALL CENTRE COVID 19 MOTAC beroperasi dari 8 pagi hingga 12 malam.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang MOTAC di www.motac.gov.my.