Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

Berita palsu terus dipantau KKMM

  • Published in Nasional



PUTRAJAYA, 26 Mac
- Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan media menafikan beberapa berita palsu berhubung COVID-19 yang kini tular di media sosial.

Antara berita palsu tersebut termasuk pengeluaran Prosedur Operasi Standard, pembelian barang keperluan harian.

Selain itu, pihak hospital Kluang juga menafikan laporan yang mendakwa fasiliti hospital lama akan diguna bagi menempatkan pesakit bukan COVID-19 dari hospital Kluang yang baharu.

Satu lagi berita palsu ialah mengenai situasi COVID-19 di Kuala Selangor yang dikatakan semakin parah.

Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) menafikan kenyataan yang dikeluarkan di Mukim Tanjong Karang.

KKMM dalam pada itu menggesa masyarakat untuk mendapatkan berita yang benar dan sahih serta mengelak daripada menyebarkan berita palsu.