Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

Petugas media akan terima bantuan khas sepanjang PKP

  • Published in Nasional



KUALA LUMPUR, 26 Mac
- Petugas media antara yang perlu menerima bantuan khas sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pihaknya membangkitkan perkara tersebut dalam mesyuarat khas bersama Perdana Menteri, hari ini.

Jelasnya, peranan petugas media sama penting dengan barisan hadapan lain seperti pasukan kesihatan dan keselamatan, yang turut terdedah dengan bahaya wabak Covid-19.

Buat masa ini, mana-mana pengamal media yang terjejas pendapatan berikutan PKP boleh mengemukan permohonan di bawah insentif Wilayah Cakna.