Logo

Insentif wilayah Cakna dipercepat selepas PKP berakhir

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Pelaksanaan insentif Wilayah Cakna akan disegerakan terutama selepas perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April seperti mana diumumkan semalam.

Pengagihan insentif atau dana tersebut membabitkan peruntukan berjumlah RM63 juta dari pelbagai saluran termasuk pusat zakat.

Mengambil kira perkara itu dan langkah penjarakan sosial, Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat menyalurkan terus bantuan ke akaun peribadi penerima.

Tan Sri Annuar Musa yang ditemui selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri turut menjelaskan, penyelarasan dana akan dilakukan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara adil kepada semua penerima.

3 kluster berlainan diklasifkasikan layak menerima bantuan Wilayah Cakna termasuklah petugas, pesakit dan Pengesanan Kes Yang Disyaki COVID-19 (PUI) serta warga Wilayah Persekutuan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.