COVID-19: Punca 73 pegawai kesihatan positif bukan disebabkan pengendalian kes
- Ditulis oleh Media Baharu
- Published in Nasional
PUTRAJAYA ,25 Mac - Dalam sidang media sama, Datuk Dr Noor Hisham turut mendedahkan, Seramai 73 pegawai Kesihatan Kementerian Kesihatan, dikesan positif Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan siasatan, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan Kementerian.
Dalam pada itu, Datuk Dr Noor Hisham meminta pegawai kesihatan memaklumkan Ketua Jabatan masing-masing sekiranya terlibat secara langsung atau mempunyai kontak dengan peserta yang menghadiri Program Ijtimak di Seri Petaling dan Majlis Perkahwinan pada 6 Mac di Bangi dan 7 Mac di Putrajaya yang dihadiri mereka.