Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

124 calon SPM di SMK Seri Kota Puteri Dua, Pasir Gudang, Johor ,tidak akan dipindahkan

  • Published in Nasional

JOHOR BAHARU - Aminolhuda juga memaklumkan Lokasi peperiksaan bagi 124 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kota Puteri Dua, Pasir Gudang, Johor ,tidak akan dipindahkan.

Ia berikutan operasi memadam kebakaran tapak pelupusan sampah haram bersebelahan sekolah itu berjaya ditamatkan sepenuhnya Isnin lepas.

Beliau juga lega apabila operasi memadam kebakaran itu selesai, selepas 10 hari kejadian berlaku.

Sebelum ini, kerajaan bercadang memindahkan lokasi pusat peperiksaan sekiranya kebakaran tersebut semakin buruk.

Peperiksaan SPM bakal bermula 14 Oktober ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Sekolah Agama Angkat KPRJ-HOPE 2019 di Johor Bahru.