COVID-19: Hospital di Kedah terpaksa ditutup

SUNGAI PETANI ,22 MAC - Sebuah hospital di Kedah terpaksa ditutup untuk proses nyahkuman.

Tindakan drastik itu diambil, setelah seorang pesakit menyembunyikan maklumat mengenai hubungannya dengan individu yang dijangkiti COVID-19.

Menurut kenyataan di Facebook, Hospital Pantai Laguna Merbok ditutup dua hari.

Ini kerana terdapat seorang wanita yang melahirkan anak di situ mengalami demam selepas bersalin.

Semakan mendapati, dia telah tinggal bersama ahli keluarga yang hadir program tabligh di Masjid Sri Petaling dan disahkan positif jangkitan.

Wanita itu kini mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Semua kakitangan yang menjadi kontak rapat pesakit dikuarantin.

Kontak rapat turut dikesan.

Proses pembasmian kuman di kawasan dilalui pesakit dilakukan.