Berjaya Group of Companies dan I-Berhad sumbang RM1 juta kepada tabung COVID-19

PUTRAJAYA, 20 Mac - Perdana Menteri menerima dua cek sumbangan dari Berjaya Group of Companies dan I-Berhad untuk tabung COVID-19.

Sumbangan tersebut berbentuk kewangan berjumlah RM1 juta.

Sesi penyerahan sumbangan di Pejabat Perdana Menteri disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Group of Companies Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching, dan Pengerusi I Berhad Tan Sri Lim Kim Hong.

Ini menjadikan sumbangan tabung COVID-19 sehingga kini berjumlah RM3.125 juta.

Terdahulu , Tan Sri Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri membincangkan pengurusan COVID-19.

Mesyuarat yang bermula pukul 3 petang itu, turut dihadiri menteri-menteri berkaitan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan.