Tuesday, October 22, 2019
updated 1:24 AM UTC, Oct 22, 2019

Melaka cadang sedia penempatan sementara kera atasi gangguan kepada penduduk

  • Published in Nasional

AYER KEROH - Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk menyediakan penempatan sementara kera bagi mengatasi isu gangguan haiwan berkenaan di beberapa kawasan di negeri itu.

Ketua Menteri, Adly Zahari menyifatkan, menangkap bukanlah penyelesaian utama.

Bagaimanapun, segala cadangan yang diberi masih di peringkat kajian agar tiada sebarang gangguan ekosistem terjadi.

Beliau ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha sama Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di Seri Negeri Ayer Keroh.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan dan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, merekodkan 716 aduan gangguan kera di negeri ini bagi Januari hingga September.

Daripada jumlah tersebut 268 aduan direkodkan di daerah Alor Gajah, 253 aduan di Melaka Tengah dan 195 aduan di daerah Jasin.

Sepanjang tempoh tersebut juga sebanyak 2,552 ekor kera telah berjaya ditangkap.