Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

Kedah nilai semula kadar cukai pintu

  • Published in Nasional

 

LANGKAWI - Kadar cukai pintu membabitkan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kedah sedang dinilai semula kerajaan negeri.

Inisiatif kali pertama itu diambil selepas lebih 20 tahun tidak dilaksanakan untuk meningkatkan hasil negeri.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kedah, Tan KokYew, penilaian semula itu dilaksana bagi mematuhi peraturan perundangan yang sepatutnya dilakukan 5 tahun sekali.

Penilaian semula yang dilaksana bermula tahun ini dan tahun hadapan akan dikuatkuasakan pada awal 2021.

Beliau memaklumkannya selepas merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Profesion Penilaian dn Mesyuarat Pegawai-Pegawai Penilai Pihak Berkuasa Tempatan Seluruh Malaysia di Langkawi.