Logo

Pasukan tentera bantu polis pastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bermula Ahad ini

 

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Anggota tentera akan digerakkan bermula Ahad ini bagi membantu pihak polis memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Menteri kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perkara tersebut pada sidang media khas di Putrajaya.

Datuk Seri Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan yakin, langkah tersebut dapat meningkatkan kawalan dalam memastikan rakyat patuh dan berada di rumah masing-masing sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tambah beliau, langkah tersebut tertakluk Di bawah seksyen 5 akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988, di mana, Menteri Kesihatan boleh memberi kuasa kepada mana-mana agensi untuk melaksanakan peraturan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.