Logo

Kempen BoycottMalaysia; Tiada sebarang kenyataan rasmi dari India

KUALA LUMPUR  - Tiada sebarang kenyataan rasmi dari India.

Itu reaksi Perdana Menteri berhubung teguran beliau berkaitan kemelut yang melanda Jammu dan Kashmir, yang mengundang kempen BoycottMalaysia oleh rakyat India.

Tegas Tun Dr Mahathir, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak, sama ada India mahupun Pakistan.
Justeru Kuala Lumpur berharap agar kemelut wilayah bergolak berkenaan dapat diselesaikan kedua-dua negara terlibat dengan cara rundingan dan bukannya kekerasan.

Teguran Perdana Mendteri dibuat pada ucapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB di New York baru baru ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.