Logo

Hospital Raja Permaisuri Bainun nafi pesakit positif COVID-19 lari

 

IPOH, 19 Mac - Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menafikan seorang pesakit perempuan berbangsa Cina yang didakwa positif virus COVID-19 telah melarikan diri daripada hospital berkenaan.

Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata, semakan oleh pihaknya mendapati, pesakit tersebut tidak ada dalam rekod HRBP seperti yang ditularkan melalui aplikasi Facebook dan WhatsApp.

Justeru katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menularkan sebarang berita yang tidak sahih kerana dikhuatiri boleh mencetuskan kegusaran awam.

Baru-baru ini tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita yang berasal dari Kampung Simee Ipoh positif Covid-19 telah melarikan diri dari HRPB.

Hantaran itu turut mendakwa pihak HRPB dan polis sedang giat menjejaki wanita tersebut.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.