Tuesday, October 22, 2019
updated 1:50 AM UTC, Oct 22, 2019

PRK Parlimen Tanjung Piai : Kesemua lokasi pusat pengundian tiada sejarah berlakunya banjir

  • Published in Nasional

PONTIAN (JOHOR) - Semua 28 lokasi pusat pengundian termasuk pusat mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil, PRK Parlimen Tanjung Piai 16 November depan, tidak mempunyai sejarah berlakunya banjir.

Kesemua pusat itu dipilih berdasarkan nasihat serta cadangan yang dikemukakan pihak berkaitan antaranya, Pejabat Pengurus Pilihan Raya dan Pegawai Daerah Pontian, yang juga Pengarah Keselamatan Peringkat Daerah, Zulkifly Mohd Tahir.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, Datuk Mohamed Elias Abu Bakar ketika memberitahu perkara ini, menyatakan hasil lawatan ke pusat-pusat mengundi juga mendapati tiada
keperluan untuk menukar lokasi mengundi setakat ini berikutan semua pusat dalam keadaan baik.

Beliau sebelum itu mengadakan lawatan ke Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Yu Ming di Pontian, Johor.

Tambahnya, walaupun semua pusat mengundi dalam keadaan baik, namun perlu penambahbaikkan untuk memudahkan pengundi, khususnya pengundi Orang Kurang Upaya, OKU atau warga emas.

SPR juga menyediakan ruang menunggu di pusat mengundi pada PRK kali ini bagi memberi keselesaan kepada pengundi selain meletakkan lebih banyak tanda arah.