Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Kes kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang, proses bedah siasat bermula

  • Published in Berita Semasa


KOTA TINGGI, 17 Mac - Proses bedah siasat dan pengambilan sampel DNA 5 mangsa rentung kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi, Johor, telah dijalankan.

Inspektor Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, ASP Muhamaden Bujang, menjangkakan laporan bedah siasat diperoleh dalam tempoh 48 jam - 2 minggu sebelum jenazah diserahkan kepada waris.

Beliau telah menyampaikan taklimat kepada waris Allahyarham Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Norakmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil di Kota Tinggi.

Kebakaran Diesel Hydro Treater Unit di kompleks terbabit berlaku sekitar pukul 11 malam, Ahad lepas melibatkan 7 mangsa.

Salah seorang mangsa melecur anggota manakala seorang lagi selamat.

Waris keluarga mangsa berharap proses ujian makmal bagi sampel DNA dapat diperoleh segera agar urusan jenazah dapat dipercepatkan.

Sementara itu EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Zaiton Ismail menyatakan kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Majlis Agama Islam dan Majlis Daerah Kota Tinggi menyampaikan sumbangan RM 1000 kepada keluarga mangsa.