Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Banjir di Melaka : Inisiatif terbaik dipersiap

  • Published in Nasional


AYER KEROH, 17 Mac - Melaka sedang merangka inisiatif terbaik bagi mendepani kebanjiran di negeri itu.

Antaranya, mengenalpasti punca banjir dan penambahbaikkan saluran sumbangan kepada mangsa.

EXCO Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata pihaknya kini dalam peringkat terakhir sebelum memuktamadkan langkah terbaik.

Projek tebatan banjir dari sudut teknikal sedang dilakukan melibatkan Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan 3 projek tebatan banjir bernilai RM 132 juta bagi mengatasi isu tersebut.