Monday, December 9, 2019
updated 12:40 PM UTC, Dec 9, 2019

Daren tundukkan Lin Dan

  • Published in Sukan

Foto AFP

INCHEON - Pemain perseorangan profesional negara, Liew Daren mengejutkan jaguh China, Lin Dan selepas menyingkirkan juara Olimpik dua kali itu seawal pusingan pertama Kejuaraan Badminton Terbuka Korea di Incheon semalam.

Daren, yang menghuni ranking ke-33 dunia menundukkan Lin Dan yang juga juara dunia lima kali dalam tempoh 43 minit untuk kemenangan pertama daripada tiga pertemuan menentang bintang berusia 35 tahun itu.

Daren menang 21-19, 21-14.

Kemenangan itu membolehkan dia menempah pertemuan dengan wakil India, Kashyap Parupalli di pusingan kedua, hari ini.

Turut mengiringi Daren adalah seorang lagi pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia.

Pemain berusia 21 tahun itu berada dalam kelas yang tersendiri apabila mudah menundukkan pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon 21-7. 21-15.