Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

9 Exco kekal, wakil BERSATU digugurkan di Selangor

  • Published in Nasional

SHAH ALAM, 5 Mac - 9 Exco kerajaan negeri Selangor dikekalkan manakala seorang Exco yang mewakili parti BERSATU digugurkan.

Jelas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari langkah tersebut diambil sejajar perubahan struktur pentadbiran memandangkan parti BERSATU tidak lagi menganggotai Pakatan Harapan, PH.

Datuk Abdul Rashid Asari dari BERSATU merupakan Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan sebelum ini.

Untuk sidang DUN Selangor akan datang PH mempunyai 43 kerusi manakala pembangkang iaitu UMNO, PAS, BERSATU dan wakil Bebas 13 kerusi.