Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Terengganu sedia hadapi musim tengkujuh

  • Published in Nasional

HULU TERENGGANU - Semua agensi terlibat operasi banjir di Terengganu kini bersiap-siaga menghadapi Monsun Timur Laut bermula Oktober hingga Mac tahun depan.

Selain kekuatan tenaga ke semua logistik termasuk bot juga diletakkan dalam keadaan sedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

Tahun ini 28 agensi akan terlibat untuk bantuan banjir melibatkan lebih 500 aset daripada pelbagai jabatan termasuk lori, bot dan pacuan empat roda.

Tambah baik juga sedang dirangka dengan tumpuan di kawasan berisiko banjir seperti Hulu Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Besut.

Beliau mengulas perkara itu selepas Perasmian Kesiapsiagaan Bencana peringkat negeri di
Sungai Kampung Dusun Hulu Terengganu.

Sementara itu, Polis Terengganu juga giat melakukan persiapan termasuk mengadakan latihan simulasi Bencana Banjir Bersepadu yang telah diadakan sejak 11 September lalu.