Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Tiga sekeluarga terselamat rumah terbakar di Johor Bahru

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU - Tiga sekeluarga terselamat selepas kediaman mereka di Jalan Budiman ,Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor musnah 85 peratus dalam kebakaran kira-kira 9.58 pagi tadi.

Penghuninya, warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) dan dua kanak-kanak diselamatkan orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Saiful Bahri Safar, kebakaran tersebut melibatkan dua buah rumah jenis separuh kekal.

Kebakaran bermula daripada rumah sebelah yang didiami seorang lelaki berusia 26 tahun sebelum merebak ke rumah mangsa.

22 anggota bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan dibuat jiran mangsa.

Operasi memadam kebakaran tamat 11.07 pagi.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.