Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Tiga warga Itali maut akibat COVID-19

  • Published in Berita Dunia

MILAN, 24 Feb - Tiga orang yang dijangkiti COVID-19 di Itali dilaporkan maut.

Berikutan keadaan itu, pihak berkuasa tempatan mengambil langkah kecemasan termasuk menutup sekolah dan membatalkan perhimpunan awam.

Mangsa ketiga adalah seorang wanita dari bandar Cremona, timur Milan.

Pihak berkuasa kini berusaha mencegah merebak wabak maut itu di utara negara tersebut.

Undang-undang khas telah dikuatkuasakan bagi menghentikan orang ramai daripada meninggalkan atau memasuki zon kritikal.

Pekan-pekan kecil di seluruh utara Itali kini ditutup setelah kerajaan meluluskan langkah-langkah kecemasan bagi mencegah wabak itu.

Hampir tidak ada kenderaan di jalan raya di utara Itali berikutan jumlah kes COVID-19 meningkat kepada 157 orang.