Tuesday, June 2, 2020

updated 4:56 AM UTC, Jun 2, 2020

Rakyat akan terus nikmati kemakmuran

  • Published in Nasional

PETALING JAYA, 24 Feb - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak mengulas lanjut pertemuan beliau dengan beberapa parti politik, namun memberi jaminan seluruh rakyat Malaysia akan dipastikan terus menikmati kemakmuran.

Perjuangan merealisasi agenda reformasi di negara ini akan diteruskan, demi pembangunan negara.

Mesyuarat khas yang dipengerusikan beliau di Hotel Sheraton Petaling Jaya berakhir awal malam tadi.

Ia dihadiri Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan dua Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.