Tuesday, June 2, 2020

updated 4:09 AM UTC, Jun 2, 2020

Mesyuarat pemimpin tertinggi BERSATU tanpa temu bual bersama media

  • Published in Berita Semasa

 

PETALING JAYA, 23 Feb - Beberapa mesyuarat melibatkan parti-parti politik dan pemimpin tertinggi parti berlangsung serentak hari ini memberi gambaran kepada perkembangan landskap politik negara.

Namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia, BERSATU yang menamatkan mesyuarat pada pukul 2.45 petang tadi berakhir tanpa ada temu bual bersama pihak media.

Mesyuarat di pengerusi Tun Dr. Mahathir Mohamad itu bermula 9.00 pagi tadi.

Tun Dr. Mahathir juga enggan memberi sebarang ulasan ketika keluar selepas selesai mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Beliau hanya tersenyum ketika beredar meninggalkan ibu pejabat BERSATU dan sekadar menyebut tiada sebarang temu bual kepada media.

Turut hadir pada mesyuarat itu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan barisan kepimpinan BERSATU lain antaranya Pengerusi Bersatu Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Pengerusi BERSATU Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.