Pembinaan projek ECRL beri anjakan ekonomi dan pembangunan Terengganu


KUALA LUMPUR,19 Feb
- Pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 250 kilometer di Terengganu, melibatkan kos berjumlah 15 bilion ringgit.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek infrastuktur mega itu akan menjadi anjakan perubahan kepada ekonomi dan pembangunan Terengganu pada masa hadapan.

Jelas beliau, ECRL dapat meningkatkan mobiliti penduduk tempatan menerusi enam stesen yang bakal dibina.

Projek itu juga akan menjadi pemangkin sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi tawaran peluang pekerjaan dan pakej kerja-kerja sivil kepada kontraktor tempatan.

Beliau sebelum itu menyaksikan majlis tandatangan memorandum persefahaman (MOU) antara wakil Terengganu Incorporated, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communication Construction ECRL Sdn Bhd.