Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Johor terima RM336 juta untuk selenggara jalan-jalan negeri

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 16 Feb - Sebanyak RM336 juta peruntukan diterima bagi menyelenggara jalan-jalan negeri di Johor pada tahun ini.

Menurut Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, daripada jumlah itu RM65 juta akan disalurkan pada fasa pertama melibatkan 545 kerja-kerja penyelenggaraan menerusi Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya (MARRIS).

Menerusinya juga sebanyak 130 kerja menyelenggara melibatkan peruntukan RM6.5 juta dikhaskan kepada daerah Johor Bahru bagi fasa pertama.

Sistem undian berkelompok juga diadakan bagi memastikan proses pengagihan kerja-kerja dapat dijalankan secara telus.

Pada Majlis Undi Perdana Projek MARRIS Peringkat Daerah Johor Bahru sebanyak 321 pemohonan diterima.

Namun hanya 150 layak bagi menjalankan kerja-kerja menyelenggara fasa 1.

Selain Johor Bahru, majlis undian tersebut turut dijalankan serentak di daerah-daerah lain.