Tuesday, February 25, 2020

updated 1:27 PM UTC, Feb 25, 2020

Malaysia masih selamat, ambil peluang bercuti dalam negara sempena TMM 2020

  • Published in Nasional

PULAU PINANG, 16 Feb - Malaysia masih Selamat dikunjungi.

Jaminan dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malah beliau menyeru rakyat meluangkan masa bercuti dalam negara bagi menyokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Menurut beliau, walaupun permulaan tahun ini agak mencabar berikutan wabak COVID-19, namun kerajaan sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah segera agar situasi ini tidak menjejaskan industri pelancongan tempatan.

Antara strategi pemulihan industri pelancongan yang dikenal pasti ialah meningkatkan usaha promosi bagi pelancongan domestik.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina di Padang Kota, Pulau Pinang, malam tadi.

Sambutan dihadiri kira-kira 15,000 pengunjung.