Friday, 24 September 2021

updated 12:45 PM UTC, Sep 24, 2021

PeKaB40; Hampir 300,000 orang jalani saringan kesihatan

  • Published in Nasional

CYBERJAYA, 15 Feb - Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) merupakan pilihan tepat buat golongan berpendapatan rendah yang menemui jalan buntu ketika berhadapan masalah kesihatan.

Sehingga hari ini, lebih 300,000 orang telah menjalani saringan kesihatan PekaB40 di seluruh negara.

Dilaksanakan sebagai projek perintis bermula 15 April 2019, ia dikhususkan buat kumpulan sasar merangkumi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan yang berdaftar berumur 40 tahun ke atas.

Sarawak mencatat negeri tertinggi yang menjalankan saringan kesihatan, diikuti Kedah dan Perak.

Kepada mereka yang layak, jalani saringan segera kerana mencegah lebih baik daripada merawat.