Sunday, April 5, 2020

updated 1:38 PM UTC, Apr 5, 2020

Skuad APEC 2020; Beri pendedahan mengenai APEC melalui jerayawara

  • Published in Nasional

CYBERJAYA, 15 Feb - Pendekatan turun padang mampu meningkatkan pemahaman orang awam mengenai peranan Malaysia sebagai tuan rumah Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Justeru, Skuad APEC 2020 diwujudkan bagi mendekati orang awam dan pelajar universiti melalui program jerayawara di lokasi lokasi utama seluruh negara.

Ketua Jawatankuasa Kerja Komunikasi Sekretariat Kebangsaan APEC 2020, Norhayati Abd Manaf berkata Malaysia berperanan penting mengetengahkan perkhidmatan dan produk keluaran Perusahaan Kecil dan Sederhana, PKS.

Malah, skuad ini turut mempromosi fakta dan kebudayaan yang ada pada 21 negara anggota APEC.

Ia dilihat seiring dengan tema penganjurannya tahun ini, Kemakmuran Bersama.

Skuad APEC akan pergi ke lokasi terpilih dan melaksanakan aktiviti-aktiviti berbentuk interaktif dan kuiz selain menyalurkan makanan percuma.

Skuad APEC memulakan jerayawara pada Disember tahun lalu sehingga November tahun ini.