Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Tengku Maimun Tuan Mat dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2019

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat mengetuai senarai 42 penerima Darjah Kebesaran Persekutuan 2019 daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Hari Keputeraan rasmi baginda. 

18 individu menerima anugerah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Tengku Maimun, 60 tahun, yang dilantik memegang jawatan Ketua Hakim Negara pada 2 Mei lalu menerima Darjah (P.M.N), diikuti Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ismail Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Sementara 15 individu yang menerima Anugerah Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang juga membawa gelaran Tan Sri ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.. diikuti Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri David Wong Dak Wah dan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Turut menerima anugerah sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Borhan Dolah; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Alwi Ibrahim dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Penerangan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Anugerah sama turut disampaikan kepada Peguam Negara Qatar, Tan Sri Dr Ali Mehsin A.R. Fetais.

Pada majlis sama, 21 individu lain menerima anugerah Panglima Jasa Negara (P.J.N.) dan 3 lagi menerima anugerah Panglima Setia Diraja (P.S.D.) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima ialah Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Azri Zulfakar; Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin.