Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Polis nafi melengahkan siasatan kes dadah libatkan Adun Dengkil

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 2 Feb - Polis menafikan sengaja melengah-lengahkan siasatan kes dadah melibatkan Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah di sebuah kondominium di Puchong, bulan lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menjelaskan, pihak berkuasa perlu menanti beberapa keputusan dan laporan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Siasatan masih dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Pada 13 Januari lalu, 16 daripada 17 individu, termasuk enam wanita ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Puchong didapati positif dadah.