Monday, August 26, 2019
updated 5:31 AM UTC, Aug 26, 2019

22 GRO ditahan di pusat terapi

  • Published in Nasional

IPOH - Seramai 12 daripada 22 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Perak dalam Op Bersepadu di sebuah premis pusat terapi di Taman Pinji Ipoh.

Operasi bermula 10 malam membabitkan lapan anggota dari Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri.

Pengarah Imigresen Negeri, Kamaluddin Ismail mengesahkan tujuh daripada 12 yang ditahan merupakan wanita warga China.

Dua lagi warga Thailand, manakala masing-masing seorang warga Vietnam, dan Indonesia.

Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai majikan.

Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 33 hingga 50 tahun.

Ketika serbuan dilakukan, wanita terbabit sedang melayan pelanggan memberi perkhidmatan urutan dan seks dengan bayaran 55 ringgit hingga 155 ringgit.

Mereka ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan, melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah, memiliki endorsmen palsu dalam passport dan menggaji warga asing tanpa pas yang sah.