Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

3 kenderaan hangus dalam kebakaran rumah di Mersing

  • Published in Nasional

MERSING - Penghuni sebuah rumah di Mersing, Johor dapat menarik nafas lega apabila mereka tidak berada di rumah ketika ia terbakar.

Dalam kejadian berkenaan, premis kediaman terbabit musnah 80 peratus.

Turut terbakar, tiga buah kenderaan.

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat (BPP) Endau, Mohd Alias Hussin, kejadian di Kampung Penyabong, Endau itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam.

Api yang marak menyebabkan kebakaran hanya berjaya dikawal kira-kira dua jam kemudian.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih disiasat.