Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Operasi mencari Nora Anne masuk hari ke 10

  • Published in Nasional

SEREMBAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland yang hilang; Nora Anne Quoirin masuk hari ke -10.

Ini merupakan hari kedua petugas media tempatan dan antarabangsa dapat menyertai pasukan keselamatan melakukan operasi.

Kebenaran itu dinyatakan Ketua Polis Daerah Nilai, Supritendan Mohd Nor Marzukee Besar dalam pesanan teks melalui aplikasi whatssap .

Beliau meminta para petugas media untuk melapor diri kepada salah seorang pegawainya di markas tektikal 'subtek' di pusat operasi SAR.

Supritendan Nor Marzukee bagaimanapun mengingatkan keselamatan diri menjadi tanggungjawab masing-masing.

Setakat semalam, 353 anggota pasukan keselamatan terlibat operasi terbabit.

Satu sidang media dijangka diadakan polis di Balai Polis Pantai 5 petang nanti.

Nora Anne yang sedang bercuti bersama keluarga dilaporkan hilang di sebuah resort di Pantai, Seremban 4 Ogos lalu.