Sunday, October 20, 2019
updated 2:49 PM UTC, Oct 20, 2019

Polis buru individu panah anjing hingga mati di Langkawi

  • Published in Nasional

LANGKAWI - Individu yang memanah seekor anjing hingga mati berhampiran sebuah kedai serbaneka di Kuah, Langkawi sedang diburu polis.

Ia susulan laporan mengenai insiden yang diterima seorang pemandu pelancong berdasarkan sebuah hantaran di Facebook.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Mohd Iqbal Ibrahim, sebaik tiba di lokasi kejadian, bangkai anjing itu telah dialih orang awam untuk dibuang ke laut.

Ia bagaimanapun berjaya diperoleh semula dan dibawa ke sebuah klinik haiwan di Pantai Chenang untuk dibedah siasat.

Setakat ini, polis belum dapat memastikan anjing yang menjadi mangsa itu haiwan liar atau peliharaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) (d) Akta Binatang 1953.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.